Wednesday, March 30, 2011

Luahan Hati Seorang Anak...

semalam aku bukak mcm2 blog orang...tetibe aku terjumpa satu entri nie...memang sayu bunyinye...daripada kecik aku di ajar supaya menghormati orang tua...tp kengkadang...dalam proses pembesaran tue kite ade buat banyak kesalahan kat parents kite kan??aku pon x terlepas daripada melakukan kesalahan tue...memang parents always rite...<kate tuan punye entri tu la>...tapi kekadang...dorang pon kene dengar luahan hati anak2...jom kite tengok entri die...

Ibu...Along tau Along banyak salah dengan ibu...Along tau ibu sering terluka dek kerana perangai kami yang derhaka...tapi ibu...Along tak penah salahkan ibu...Along selalu salahkan diri Along sendiri,ibu...Along kasihan melihat ibu bekerja siang malam untuk menyara kami...Along sedar kesusahan kita ibu...tapi adik-adik tak sedar,ibu...Along sudah cuba menyedarkan mereka tetapi nasihat Along dibalas dengan kata-kata nista dan pandangan dingin dari mereka...bukan niat Along hendak meninggikan suara pada ibu...Tidak!!!!Jauh sekali untuk menengking ibu yang melahirkan dan membesarkan Along dan adik-adik...Along cuma marahakan adik-adik,ibu...kerana sayang Along marahkan mereka...kerana prihatin Along menegur mereka...mungkin cara along salah,ibu...Along mintak maaf ibu kerana gagal mendidik mereka...semua itu memang tanggung jawab Along ibu...Maafkan Along...Along gagal laksanakan tanggung jawab Along dengan baik...Along anak yang jahat pada mata dunia,ibu....mengapa? kerana Along sudah belajar hingga ke menara gading tapi...Along gagal menolong adik-adik...Along gagal sehingga ibu terfikir untuk meninggalkan kami...dek kerana kejahatan kami...begitu jahatkah kami sehingga ibu mahu pergi meninggalkan kami???jahat sungguh rupanya perangai kami...hingga tidak layak untuk mendapat ibu seperti IBU...masih terngiang di pendengaran Along,ibu...dikala ibu menganggap Along mengungkit segala pengorbanan Along kepada keluarga...pada hal Along ingin memberitahu tentang kesusahan ibu kepada adik-adik supaya mereka memahami keperitan ibu...hancur hati along ibu...pabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ibu....tahu lah Along apa tanggapan ibu pada Along selama ini...Along mohon jutaan kemaafan dari ibu...halalkan makan minum Along,ibu...tolong halalkan air susu ibu untuk Along...agar...jika along dijemput Allah...ringan sedikit azab Along di alam barzah ibu...Maafkan Along,ibu...




source : Mr. Google
lepas baca entri nie...laju tol air mata aku turun..aku tak tau nak decide sama ade ape yang mamat nie buat betul ke salah...tapi...aku amat bersimpati kat mamat nie...die da cube abes baik da tp masih ade yang menyalahkan die...aku pon sian kat ibu tue...sebab???sebab die dapat anak2 yang "jahat"...

Tuesday, March 29, 2011


Assalamualaikum....arinie aku ade selongkar blog bayu and aku terjumpa artikel nie...mintak halal ye yang empunya blog...sebab aku nak share dengan sume....tambahan plak aku nie mmg banyak dosa...xtau la camne nasib aku kelak...nape la aku lalai sangat....Astaghfirullah....Ya Allah...ampunkan lah hamba mu ini...


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi .


Baca selanjutnya:blog bayu

Sunday, March 27, 2011

Hot & Roll...

after having lunch kat hotel...kiteorg kene anta guest kat airport...nak soh staff lelaki...dorang kan kene g sembahyang jumaat...jadiknye...yang "girly" jela yang kene anto...hehehe....lepas anta guest tue...mase ade lagi...hehehe...ape lagi...Queensbay...here I come!!!...x jalan lame pon...kene rushing balik opis...tapi sebelum tue sempat ler aku ngan kak yana beli pratha roll kat kedai Hot & Roll, Queensbay...sedap ko...sedap sangat bile makan panas2...aku beli yang double cheese onion<mau x gemok>...kak yana amek strawberry n chocolate chips...sedapnye...ingat t bebile nak wat la...hehehehe....jangan maree....


wrapper die



yummy!!!

Lunch at UiTM Penang's Hotel....

on 25th March aritue, kat opis ade program yang melibatkan ramai pihak luar...tapi program hari jumaat kan...xramai vip yang nak stay....daripada membazir kate EO aku...baik kite yang makan...best tol!!!! die nyer starter and appetizer course die sedap...main course die pon ley tahan sedap...dessert die pon ok gak...hehehe...aku nie kalo pasal makan okes jer...sempat gak la aku snap gambar die...


yang nie main course die..



yang nie starter die

yang nie appetizer course 


yang nie EO aku...kalo kak midah ade time nie...
memang aku da kasik enter frame da nie...hehehe

Anak Jiran Sakit?!!!



ari isnin rabu aritu mama ajak g hospital seberang jaya...nak melawat anak jiran katenye...ingatkan budak tue demam panas ke ape ke...tapi bile dapat tau...MasyaAllah...budak nie admit hospital sebab tertelan thinner...patutla tengok pakcik die kat luar menangis2 lagi...seb baik cepat bawak g hospital...kalo x...xnak aku pikir sampai ke situ...cian die...baru umo 3 tahun...kes nie bermula bila pagi tue mama die x keje...g tolong kakaknye meniaga nasik lemak kat depan padang...pakcik die la yang tolong tengok2kan...kene plak time tue pakcik die selsema...dalam raga motor pakcik budak tue...kawan kilang tempat die keje ade tertinggalkan tinner dalam mineral water's bottle...die x perasan...bile pakcik budak tue bawak budak tue kat pondok<kat area padang> ade anak buah die nak pinjam motor...then..mamat nie pon kuarkan lah botol air tue letak kat pondok...budak nie pon nampak...merengek2 kat pakcik die nak minum...pakcik die pon bg la...lepas seteguk budak 2 minum..badan die terus kejang...Astaghfirullah...macam da kaku...mama die pon lari terus dapatkan budak tue...pakcik budak tue da blur...die tepuk blakang anak buah die tue kuat2...baru terkebil2 mata budak tue...pakcik die pon cempung die,masukkan dalam kete terus bawak g hospital...pihak hospital pon xtau nak wat ape...dorang  bg budak tue muntah...cian die muntah darah...baru budak tue ley bercakap...mean time...cousin dorang yang dari KL pon datang bawak supplement tahan bakteria daripada merebak...yela...what do you expect...internal injured...memang susah cure...malam tue lepas aku ngajar tuition...jiran atas umah aku,cik linda btau yang budak yang kiteorang tgk petang td da xde...sakit kepala terus aku...mana tak nye...ptg tadi aku tgk die da ok ckit da...siap memain lg dgn abang die...mama pon xnak terus percaye...die call mama budak tue...mama die kate budak tue ok jer...doktor tengah cek...tu la masyarakat kite...suke buat spekulasi bile dgr rumor...lain kali tanya yang empunya badan dulu...kalo aku jadik mama budak tue...aku pon sedey...mcm mendoakan anaknye mati lak...memang kite sume saling mengambil berat...tapi why don't u ask first......i was thinking...adekah sebab perkara macam nie kite susah nak membangun???

Sup Tulang Mama..

huhuhu...past few days nie tekak x brape ok...sakit n perit...maka dengan itu berrmula lah segala permintaan yang pelik melik dari anaknda kepada bonda...aku btau mama yang aku nak makan sup...sup yang panas2...nie la signal kalo aku nak demam or batuk...ok...dear mister, please be alert k...hehehe...mama pon masak la sup tulang....memang best!!!sedap sangat...yela...air tangan ibu kan...mn ley lawan...masak sup tulang pon bukan letak tulang banyak sangat...tulang pon mahal skang...dapat rase sikit pon jadik ler...hehehe...

yummy!!!



syiok abes!!!


I love you, mama

Earth Hour...

Semalam on 8.27 pm aku dapat mesej dari fatin<my dearie sis> tetibe die soh off sume light yang ade kat umah...terkulat2 mama kat depan tv...yela...mau taknye...aku g off sume lampu for one hour...hehehe...surely i'm very proud because i've save d energy and earth for one hour!!!nak sumbang kan lebey untuk bumi terchenta nie x brape nak kaye...so ini jer la yang aku mampu...ingat nak capture d moment so boley la aku masukkan dalam blog terchenta nie...tapi mama cakap...nampak ke miera...heehehe...sengal gak aku nie...


source: Mr. Google

source : Mr. Google

okes everybody...lets save d world!!! kite yang memusnahkannya...mengapa tidak kite gak yang cuba menyelamatkannya!!!


Friday, March 25, 2011

Wednesday, March 23, 2011

Aku Tak Penah Memilih.....

bosan tol bile sume asyik tanye aku soalan yang aku xmo jawab...ape die ea???besela...soalan tentang mase depan aku..."bile nak kawen?"...memang umo da banyak...tapi aku sampai arinie x penah terpikir pon nak ke arah itu...bak kate orang seru belum sampai...last2 nie jela jawapan aku..."belom lagi makcik...makcik nak tolong carikan ke???yela...kite nie x cantik..."...tula benteng terakhir aku...aku bukannye suke memilh...jauh skali kalo nak carik pakwe a.k.a suami yg ensem...aku sedar sape diri aku nie...tapi bagi yang xtau...jgn la suke hati cakap aku nie suke memilih...aku bukan miss world ke...miss universe ke...lgpun aku tau nobody is perfect...so just wait n c la...kalo ade kad datang 2 mean ade la..."sabo jela"...hehehe...seb baik aku nie jarang kuar rumah...kalo x naye aku...da la bile jumpe je dorang tanye mama..."ai kak pah...bile nak dapat menantu?"...cian mama aku...makin rimas dibuatnye...xpela mama...t mama carikanlah calon untuk mira ea...hehehe


ehsan : daddy google



bukan kesempurnaan yang aku carik
pic dari daddy google



bukan kekacakkan yang aku idamkan...
ehsan dari daddy google
tipu lah kalo aku x penah impikan nak jumpa orang ensem tetiap hari...tapi aku kene realistik...bagi aku...cukuplah sekadar kalo aku dapat memandang keindahan ciptaan tuhan...tue da cukup bg aku...bak kate mama...lebih baik kite terime orang yang betul2 sayangkan kite daripade kite yang tergila2kan die...if anything happen...d impact will b lesser...jd ati x sakit sangat...huhuhu..

Tuesday, March 22, 2011

Aku Sudah Ada Yang Punya???

Assalamualaikum wbt...hehehehe...bunyi macam da ade yang bertahta dihati kan...hua3!! mane ade lagi...hehehe...tapi tak tau nape kebelakangan nie mood macam towards to romantic mood jer...sape2 ade idea x???nak kate hormone punyer keje...i don't think so...kekekeke!!!nie sah keje drama2 korea yang aku tengok balik and citer hindustan yang mama n fatin suke tengok...yela...aku kan ke x minat sangat nak tengok citer hindustan nie...tapi da ade depan mate kene layan la gak<alasan sebab malas nak bukak lappy>...past few days aku ade layan citer ape ntah tajuknye...best gak la...pastu esoknye aku layan korean drama lak...brilliant legacy ang my princess...memang superb la aku nie...walaupun da abes study tapi masih lagi ngadap korean movies n drama lagi...memang ajaib...memule mama bising gak..."mira nie...asek ngadap citer korea jer"..tapi lame2 mama layan gak..hehehe...best sangat...pastu mule r aku sengih2 sensorang...da timbul skandal kate aku da in love with somebody....kuang3....so...aku nak announcement la kat sini...YES!! I admit that i'm in love...but not with "somebody"...but with the K-drama + Malay drama!!!..

Monday, March 21, 2011

Japan's Earthquake and Tsunami...

Astaghafirullah....sedeynye bile tengok berita n dengar pasal earthquake n tsunami kat japan recently...nape manusia tak nak sedar yang semua yang berlaku nie dah tertulis dalam Al-Quran...dorang selalu nak menafikannya...maksiat makin berleluasa...ape nak jadi dengan dunia skang...aku sangat takut untuk menghadapi dugaan akhir zaman..nape???sebab sebagai manusia aku tak nafikan yang aku banyak melakukan kesalahan...pada aku,setiap yang aku lakukan tue sume kesalahan besar...Ya Allah....ampunkan hambaMu yang jahil dalam cahaya imanMu Ya Allah...Kau tetapkanlah hati ku dalam mencari cahaya imanMu Ya Allah...sesungguhnya aku tak berdaya menahan pedih api nerakaMu Ya Allah...ampunkanlah semua umat manusia di muka bumi ini Ya Allah...berilah kami peluang untuk bertaubat....aku taknak tergolong dalam golongan orang yang tak mendapat hidayahMu Ya Allah...sedey aku tengok gambo2 kat daily mail


kota tokyo bergelap...ihsan dari daily mail

ihsan: daily mail

ihsan: daily mail

ihsan: daily mail

Wednesday, March 16, 2011

Di kala bonda kat kampung....

bile mama and adik2 macho ku balik kampung...memang la tak best sebab tinggal aku and fatin je...x best betul...ape la...menu makanan pon da totally change la...tensen I!!!hehehe....takde la...aku ngan fatin wat projek merapu nie sebab asyik layan citer korea...he's beautiful sampai kul 4 pagi...mati aku!!!bill letrik sure melambung tinggi punyela...



pastu mule la kuar menu tersebut bile keesokkan harinye....abesla...penangan korea....waaaa!!!!

yang nie fatin punye


yang nie aku punye


mengancam tol!!!



yang nie memang sedap!!!


nie feveret kami sekeluarga


jom makan!!!




Ole-ole untuk atuk.

last week mama, aiman and adik balik kampung...sedeynye tak dapat ikut....T_T...so sebagai tanda ingatan aku untuk dorang kat sane aku wat la puff untuk doarang...use my own recipe tau...aku besela...tengok abang mat gebu punye resepi mau xnye aku otter...huhuhu....sorry ye cik mat...


nie la die...chicken mayo puff...hehehe

birthday dish!!!

Assalamualaikum wbt...setelah sekian lame aku tak hup date...arinie tetibe rajin la plak...hehehe...bukan pe...past few days nie aku letih sangat...hua!!!!help!!!!hehehe....nie aku upload gambo mase birthday treat aku...walaupun hanye makan2 kat umah...dengan family jer...xde wat party-marty sebab aku bukan anak orang "KAYA"...tapi aku tetap bersyukur sebab kebahagian yang aku perolehi bukan berlandaskan duit semata2...yang penting kite dengan family sama ade susah atau senang...

mee rebus pon ade...(jiran aku bagi...thanks ye)



home made cake...cedap...thanks fatin...


cedapnyer!!!!strawberry chocolate cake...memang yummy!!!


last skali my feveret nasi goreng air tangan ibu...memang sedap!!!

Friday, March 11, 2011

Fried noodles yang besh!!!

mama masak fried noodle untuk kiteorang ari nie...besh wooo...


mama kate.."anak2...sabo ea...tgh panas lagi tue"


direct from the kuali...pergh!!!



dak nie nak nyibok gak nie...nak kene nie!!!


nie my feveret...bubur jagung yang tinggal 1 sudu jer...

My Birthday present...

hehehe...zhu wo shengri kuailer.....today is my birthday...saje jer nak wat tak tau...ala...da besar la katekan...(ceh,padahal dalam hati nak adiah lagi)...mase balik rehat da nampak da parcel kat dalam kete...tanye mama,sape punye...mama kate kawan punye...aku pon caye la idop2...innocent la kunun...huhuu...sampai kat umah mama bagi..mama kate nie ur present...ape lagi...bagai nak melompat la dibuatnye...hehehe thanks mama for such a wonderful present...fatin kene dera wat my birthday cake...jangan salah tanggap ye...mama yang suruh...kalo tuanku da bagi arahan...harus n wajib di ikut ye...


thanks mama 4 ur love n trust...


my new pet!!!nak kene wat contest nie bagi name kat die...

i cayang u cangat2!!!

boolat cam tuan die!!!

mr froggy n me

Thursday, March 10, 2011

Duhai Anak...Ingatlah...

Jasa Bonda - Dedikasi Buat Semua Anak 
           
  

Saat kau berumur 15 tahun, dia pulang kerja ingin memelukmu.
Sebagai balasannya, kau kunci pintu bilik..
 
Saat kau berumur 16 tahun, dia menunjuk ajar dikau memandu.
Sebagai balasannya, kau menggunakan keretanya setiap ada kesempatan tanpa peduli kepentingannya.
 
Saat kau berumur 17 tahun, dia sedang menunggu panggilan telefon yang sangat penting.
Sebagai balasannya, kau menggunakan telefon semalaman.
 
Saat kau berumur 18 tahun, dia menangis terharu ketika kau lulus Sijil Menengah mu
Sebagai balasannya, kau meraikannya dengan teman-teman hingga pagi.
 
Saat kau berumur 19 tahun, dia membayar yuran pengajianmu dan menghantarmu di hari pertama mendaftar di kampus
Sebagai balasannya, kau minta diturunkan jauh dari pintu utama kampus agar kau tidak malu di depan teman-temanmu.
 
Saat kau berumur 20 tahun, dia bertanya, “Dari mana nak seharian ini?”
Sebagai balasannya, kau jawab, “Ah, cerewetnya ibu ni, semua urusan nak masuk campur!”
 
Saat kau berumur 21 tahun, dia mengesyorkan pekerjaan yang bagus untuk pembinaan kariermu di masa depan. Sebagai balasannya, kau katakan, “Aku tidak suka pekerjaan itu,  Ibu.” 
Saat kau berumur 22 tahun, dia memelukmu dengan penuh haru saat kau lulus pengajian tinggi mu 
Sebagai balasannya, kau tanya dia bila ibu hendak memberi mu hadiah. 
Saat kau berumur 23 tahun, dia membelikanmu  kelengkapan perabot untuk rumah barumu.
Sebagai balasannya, kau ceritakan pada temanmu perabot itu tidak memenuhi citarasa mu
 
Saat kau berumur 24 tahun, dia bertemu dengan tunanganmu dan bertanya tentang rencananya di masa depan.
Sebagai balasannya, kau mengeluh, “kenapa ibu ni, tanya soalan yang bukan-bukan?
 
Saat kau berumur 25 tahun, dia membantumu membiayai pernikahanmu.
Sebagai balasannya, kau pindah jauh ke tempat lain
 
Saat kau berumur 30 tahun, dia memberikan beberapa nasiha, panduan dan tunjukjar bagaimana merawat dan menjaga bayimu. Sebagai balasannya, kau katakan padanya,”Ibu, zaman sekarang dan dahulu jauh bezanya, caranya juga berbeza! 
Saat kau berumur 40 tahun, dia menghubungi mu untuk memberitahu ada kenduri doa selamat dan tahlil di rumah . Sebagai balasannya, kau jawab, “Ibu, saya terlalu sibuk, tidak berkeluangan untuk balik!” 
Saat kau berumur 50 tahun, dia sakit-sakitan sehingga memerlukan perhatian mu
Sebagai balasannya, kau baca tentang pengaruh negatif orang tua yang menumpang tinggal di rumah anak-anaknya.
 
Dan hingga suatu hari, dia meninggal dengan tenang....

Dan tiba-tiba di satu ketika kau teringat semua yang belum pernah kau lakukan buat ibu mu.... 
sayangnya dia telah tiada lagi...

JIKA BELIAU MASIH ADA, JANGAN LUPA MEMBERIKAN KASIH SAYANGMU LEBIH DARI YANG PERNAH KAU BERIKAN SELAMA INI DAN JIKA BELIAU SUDAH TIADA, INGATLAH KASIH SAYANG DAN CINTANYA YANG TULUS TANPA SYARAT KEPADAMU.

    cid:image004.jpg@01CBBE0C.696F06C0cid:image005.jpg@01CBBE0C.696F06C0 
JASA BONDA                                       

kau dibuai mimpi dia jaga
 
kau bersenang dia bekerja 
untukmu tiada terbatas 
memberi tak minta dibalas 
ingin dibinanya untukmu 
                                                        
punya kekuatan jiwa 
punyai maruah.. 
  
leterannya dari rasa luhur 
menegur sebelum terlanjur 
Itulah yang diwarisi 
pesan ibu terpahat di hati 
beringat-ingatlah berpesan-pesan 
untuk kebaikan 
marah bukan kebencian 
tapi tanda sayang 
  
engkau semakin dewasa 
berjiwa merdeka 
sedang dia semakin tua 
membilang usia 
di saat kau berjaya 
dia tiada berdaya 
semoga kau tak lupa 
jasa bonda....