Tuesday, November 29, 2011

I will do the sacrifice...

tengok tajuk entry x hengat.....
sedey sangat entry nie....
aku ade jumpe kat dalam magazine lama.....
aku menangis bile bace entry nie....
mungkin kerana aku memahami perasaan penulis nie....
kerana aku adalah seorang kakak....
jom, kita hayati luahan hati SEORANG KAKAK...


selalunya tidak kira apa pun perhubungan mesti berlandaskan kepercayaan...
berlandaskan toleransi....
berlandaskan kasih sayang....
semua tue aku ada kecuali kepercayaan....
kepercayaan adikku terhadap aku telah diragut oleh orang luar...
percaya atau tidak....sedikit sebanyak mengganggu aku...
dalam bentuk emosi....
ketika jari jemari ini menari di keyboard....aku menahan tangisanku dari kedengaran...
syak wasangka selalu berlegar2 dalam fikirannya....
entah apa salah aku....
aku berserah semua pada takdir Allah....
andai ini yang perlu aku jalani....andai ini yang perlu aku lalui....
akan aku tempuhi....
selalu timbul keraguan dihatinya pada setiap tingkah lakuku...
maaf adikku....kakakmu ini tidak sempurna....
sudah ku cuba untuk menjadi kakak yang baik...
kakak yang tidak sesekali akan melukakan hatimu....
tapi aku x sempurna....
maafkan aku....
sekiranya kehadiran aku hanya membebankan dirimu...
anggap sahajalah yang aku tiada....
kerana itu adalah lebih baik...
aku sudah berusia....sememangnya hatiku mudah tersentuh...
tapi itu tidak mengapa kerana aku masih mampu untuk menjaga hatiku...
pergilah kalian mencari kemanisan hidup.....
biarlah aku menyendiri menjaga keluarga....
biarpun aku mungkin tidak berkeluarga....aku akur...
kerana sudah menjadi tanggungjawab ku untuk membantu mama melihat kalian berjaya....
bagaimana dengan aku?
usah khuatir kerana selagi Allah menyayangiku....
selagi itu aku bahagia...
jangan disebabkan aku....dikau terseksa....
pergilah dikau mencari bahagia...
aku akan tetap disini....
kerana sudah aku bekukan hati ini untuk insan lain....
dan aku simpan hanya untuk kalian....

No comments:

Post a Comment